Oleh : AdukaTaruna
Wa ada satu teori. Kalau penerbit filem Tamil baca blog wa, mesti dia buat filem punya. Kompom. Kalau betul teori wa ni, wa nak jabat si pemikir tu. Memang terer ala gaban die beb. Lepas jabat ucap tahniah, wa nak maki pulak. Maki untuk rakyat level bawah yang manjadi mangsa.Sebelum wa nak story teori wa, wa juga nak ucapkan padan muka sama Anwar. Sapa suh politik bangang tak kira waktu. Projek 16 Sept la, kita ada nombor la, ada senarai yang nak lompat la, itu la, ini la. Cabar2 pulak BN buat camtu.Hah. Sekali BN buat standard politik yang sama macam Anwar buat, dengan PAS2 sekali out. Bodoh. Tuding Paklah PM kongkalikong. Tapi diri sendiri? Memang tepat husinlempoyang belasah lu pelupa pasal onani.Teori Najib.
Step 1.Wa ingat project Najib attack Perak sudah lama ma. Teliti. Pelbagai sudut diambil. Pelbagai ruang untuk BR bergerak disenaraikan. Termasuklah membubarkan DUN. Ini bukan kerja Najib atau Rosmah ni. Mesti ada sekurang2nya sekor makhluk genius dalam team dia tuh. Yang paling pasti bukan spesis monyet bernama Keri.Kerakusan DAP dalam hal hubungan dengan istana membantu projek Najib ni. Pedulikan dahulu benar salah isu ini. Isu tanah 999 tahun, boikot angkat sumpah, tanah untuk sekolah Cina membuka peluang2 agen UMNO mempengaruhi istana.Jadi, di step ini, istana dipastikan condong kepada UMNO. Bagi memberatkan hati istana membubarkan DUN kelak. Kembali bergandingan bersama UMNO seperti tradisi sebelum ini.Teori Najib.
Step 2.Untuk ambil-alih Perak, BN perlu segar. Tajol sudah tidak relevan. Perak sudah meninggalkan BN di bawah Tajol. Hampir separuh kerusi UMNO yang menang di bawah majoriti 1000. Tajol sudah luput. Pembaharuan adalah perlu.Untuk menyingkirkan Tajol begitu sahaja tidak boleh. Peristiwa perlu dicipta. Tekanan perlu dicipta. Kesalahan Tajol perlu dicipta.Maka, Nasarudin pun tiba-tiba mencari Anwar, bukan mencari PAS.Ditanya mengenai kemasukan Nasarudin ke dalam PKR, Anwar berkata: "Dia datang dengan rela, saya tak jemput dia, dia datang sendiri ke rumah saya dengan isterinya. Dia bersetuju untuk bersama PKR. "Dia tengok BN telah rosak. Umno sudah hilang idealisme perjuangan dan rosak sebagai sebuah parti," katanya. Macam biasa. Anwar berasa ini peluang dia menjadi hero. Rakyat akan melihat betapa geniusnya gua. Gualah bakal PM. Muahahahaha. Ini adalah semangat 16 September baru. Dakwaan gua yang gua ada nombor, ada senarai akan lebih diyakini.Tanpa membuang masa, Anwar pun buat majlis rasmi sambut Nasarudin. Puluh ribu kena kencing malam tu. Dengan gua, dengan PAS sekali kena kencing. Betapa hero nya Anwar malam tu beb. Leka.Teori Najib.
Step 3.Alih2 kecoh. Disedari. Binatang 2 produk PKR tidak hadir. Si posmen dengan si kapten barua (B). Tepon tak dapat. Bini pun tak tahu. Anak angkat bahu. Tepon abanghensem, tak dapat. Bergayut dengan awek TKO. Suruh zaminc buat friendfinder, tulis kat Pekan. Ah, sudah.Kelam-kabut, DAP pun ngadu budak OKT dia kena sorok hantu kopek. Mak ai. DAP pun tahu hantu kopek tu beb. Semua dah kecoh. Kecoh Najib mendahului Anwar kerana Anwar dapat 1, Najib dapat 3.Anwar selaku heo Tamil dalam citer ni pun buat rapat umum. Budak2 dia di TKO disuruh buat satu thread. Panas! Anwar akan umum 5 ADUN BN Perak masuk PKR malam ni. PKR jugak dia jual. Tak nak kalah tu. 5 orang beb. Wa cam biasa. Stail Anwar yang retorik ala babun memang meloyakan. Ada nombor la, ada angka la. Nak kencing budak muda hati panas buleh la. Teori Najib.
Step 4.Anwar pun hantar surat perjanjian tu. Speaker pun cepat2 sahkan DUN 2 binatang produkPKR tu kosong. Serah pada SPR. SPR ternganga. Najib terus warning. Lu orang berada dalam projek wa. Jangan nak memandai2.Esok. Esok kitorang akan umumkan sama ada PRK atau tidak. SPR cakap.2 binatang PKR tadi pun tetiba muncul. Kami ada. Saya cuti sakit. Tumit melecet. Saya pulak cuti penat. PKR macam tak mahu kami jer. Cuti pun nak ungkit2. Kami bebas jer la. Majuk dah nih. Wakil dia beb. Wakil dia cakap. Yang dia ntah mana.Makin pelik. Makin panas. Mat Saman Kati kata 2 binatang tu dah mampos kena C4 kot. Wakil dia tu sapa? Sekor kontraktor ahli UMNO, sekor lagi tak tau.Teori Najib.
Step 5.Sudah. BR Perak dah gelabah. Baru dia tahu siapa Najib. Anwar dah malu2 kucing. 50 juta beb. 50 juta kasi alih isu kejap. Suruh level awam rasa memang patutla. Tak heran. 50 juta tu. Aku sendiri pun khianat camtu.Kat sini wa dah start maki PKR dah. Najib dah senyum. Paklah dah melompat2 suka. Kita ucapkan selamat berjuang bersama kita.Teori Najib.
Step 6.PAS macam biasa terkial-kial. Ulama PAS sibuk belek kitab kuning. Macamana ni ha, macamana ni sambil garu2 kepala. Kena guna kaedah Idgham Maalghunnah kot. Eh, itu bukan tajwid ke? Apsal takleh ke? Tajwid kan hal baca Al-Quran, bukan politik. Jangan cakap camtu. Leh terkeluar akidah anta. Al-Quran lengkap. Bla, bla bla. Serban lagi selamat dari helmet la. Ana bangga dipenjara kerana mempertahankan sunnah naik unta di highway. Bla, bla, bla.DAP dah mula fed-up. Last2 Anwar bersuara. Kita bubarkan DUN. Last punya senjata. Najib dah senyum. Senjata last lu wa dah patahkan dah. Step 1 lagi.Teori Najib.
Step 7.Nizar yang tak tidur 3 hari jumpa sultan. Sultan kata Allah bersama orang2 yang sabar. Siap bagi ayat Al-Quran lagi. DUN masih belum dapat bubar. Dah nak pukul 4 ni. Sidang media Najib entaim jer. Exco2 DAP dah start pusing Perak naik Camry. Pandu sendiri. Last ni. Lepas ni takleh dah. Power gak pikap Camry ni eh.Akhirnya DUN takleh bubar. Sultan Melayu biasalah. Eh, ini sultan phd tau. Lu jangan derhaka aduka. Wa tinggal blog, tengok TV1. Tu dia, Nasarudin ada beb. AMK kata dorang kawal rumah, excort la. Blah la. Unit Amal gak yang best. Takder heboh2.Teori Najib.
Step 8.Maka dengan ini saya, selaku pengerusi BN Perak, mengumumkan… Najib. Cool jer. Si posmen produk PKR senyum manis sekali. Bahagia hati wa tengok. Kapten barua (B) produk PKR angguk2. Cool gak. OKT DAP ada macam unsur paksaan sket. Nasarudin bagi 3 sebab sertai UMNO semula.TKO jem. Harakah hang. Semua kelam-kabut nak dapatkan berita. Lelaki_ini selamba tengok youtube Rita Rudaini bergaduh kat kolam renang. Siap sms wa suruh tengok. Wa dah la sibuk nak update blog.Kes tergantung. Sultan Melayu ntah macamana wa tak tau. Najib kata Perak dia punya. Nizar kata dia masih kerajaan. Silap2 Perak pecah 2. Perak Utara, Perak Selatan. Siap ada tembok ala Berlin lagik.Presiden PAS manjang ghaib jer. Ada kat Malaysia ke, takder ke sama jer. Dah lali wa tengok PAS beraksi tanpa panduan Presiden.Fungsi dia pun wa tak tau. Sakat poligami, wa pun pandai.Sama-sama la kita tengok Anwar vs Najib, rakyat bawahan jadi mangsa tengah2. Ratus ribu kena buang kerja tak diperdulikan. Mangsa2 BN kat negeri BR sabar dulu. Sapa2 yang nak sign buku teks, biasiswa ADUN Perak, tangguh jer la. Diorang sibuk lompat-lompat, politik bangang ala Melayu. Anwar yang ajar. Mana-mana ibu tunggal nak jumpa Nizar tunggu lepas Nizar mosyorat dengan Anwar.
Bangsat punya Anwar. Pasal cita-cita lu nak jadi PM, semua huru-hara. Tak boleh ke politik ikut waktu, ikut kaedah, ikut tajuk, ikut tertib?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment